Monday, April 26, 2010

PRK Hulu Selangor






Aktiviti-aktiviti di PRK Hulu Selangor

Aktiviti ini sepanjang PRK P94 Hulu Selangor,dari penamaan calon hingga Hari Mengundi.

Sunday, April 18, 2010

GADIS HILANG



Nurhafizah Bin Mohd Tahir, 17, dirayu kembali ke pangkuan keluarga

Ketua UMNO Bahagian Padang Serai,Abd Rahman Bin Mahammud ketika mengunjungi keluarga Mohd Tahir Bin Lazim berkata, pihak UMNO Bahagian Padang Serai akan membantu mencari gadis berkenaan sehingga kembali ke pangkuan keluarga.

"Kita juga akan edarkan poster sebanyak 500 keping di sekitar Kulim dan Perak untuk memudahkan orang ramai mengesan Nurhafizah."katanya.

Beliau juga menyeru kepada orang ramai, jika ternampak gadis tersebut agar dapat dapat menghubungi Balai Polis berhampiran ataupun terus menghubungi bapa gadis tersebut, Mohd Tahir Bin Lazim, 019-4238711.

RAKYAT DIDAHULUKAN





Kg. Sentosa, Padang Serai.18 April 2010, 12.00 Tengahari

Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abd Rahman Bin Mahammud telah merasmikan penyerahan bantuan rumah (Program Bantuan Rumah) yang dikendalikan oleh KEDA Daerah Kulim.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai KEDA Daerah Kulim, En. Ahmad Bin Maidin serta AJK UMNO Bahagian, AJK Pergerakan Wanita, AJK Pergerakan Pemuda dan AJK Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Padang Serai.
Pada sebelah pagi diadakan Kursus Penyembelihan anjuran UMNO Cawangan dengan kerjasama KEMAS. Kursus tersebut diserta seramai 40 orang peserta terdiri daripada penduduk sekitar.Latihan amali diadakan dengan penyembelihan 2 ekor kambing, 1 ekoritik angsa dan 40 ekor ayam.
Ketua UMNO Cawangan En. Razali Bin Abdullah mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampong dan tetamu yang hadir untuk menjayakan majlis tersebut.
Akhir majlis penduduk kampung dan tetamu yang hadir dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

Friday, April 16, 2010

PROGRAM KERJAYA & PENEMPATAN PEKERJAAN


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Padang Serai bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Padang Serai dengan kerjasama Pejabat Tenaga Kerja, Kulim, Kedah menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan 2010.Program tersebut terbuka kepada semua penduduk yang ingin mencari pekerjaan tanpa mengira had umur dan kelayakan akademik.
Sepanjang program itu pelbagai jawatan kosong ditawarkan membabitkan syarikat swasta di Daerah Kulim.

Program tersebut diadakan di:-

Tarikh : 4 April 2010
Tempat : Dewan Masjid Guar Lobak, Padang Serai, Kedah.
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tarikh : 11 April 2010
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat UMNO Bahagian Padang Serai
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahari

Tarikh : 25 April 2010
Tempat : Perkarangan Pejabat Tenaga Kerja, Daerah Kulim.
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang

Orangramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pameran kerjaya itu boleh menghubungi Pejabat Tenaga Kerja Daerah Kulim di talian 04-4906566.

Tuesday, April 13, 2010

PROGRAM MESRA RAKYAT.






Baru-baru ini UMNO Bahagian Padang Serai bersama UMNO Cawangan Kg Bagan Sena telah mengadakan Program Mesra Rakyat. Pada sebelah pagi Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, En. Abd Rahman Bin Mahammud bersama Pemuda UMNO Cawangan Kg Bagan Sena dan Pemuda UMNO cawangan-cawangan sekitar turut disertai Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, En Mohd Bakhri Bin Hashim dan AJK UMNO Bahagian Padang Serai telah mengelilingi Kg Bagan Sena dan Kg KEDA Bagan Sena menghulurkan sumbangan kepada penduduk-penduduk yang sakit dan warga emas. Program serupa ini kerap dilakukan oleh UMNO Bahagian Padang Serai untuk membantu meringankan beban pesakit-pesakit yang terlantar di rumah serta warga emas.
Majlis tersebut diteruskan dengan menyampaikan kunci rumah kepada peserta Program Bina Rumah, En Abu Seman Bin Harun. Seterusnya penyampaian cek-cek kepada usahawan TEKUN seramai 32 orang dan juga bantuan pertanian daripada MPPP kepada peserta-pserta yang memerlukan.
Seterusnya penyampaian sumbangan kepada warga emas seramai 20 orang.
Masyarakat setempat dan tetamu dihidangkan dengan jamuan makan tengahari berupa masakan tradisional kampong.
Warga emas yang menerima sumbangan amat berterima kasih kepada UMNO yang amat perihatin dengan masalah mereka.